Saturday, January 22, 2005

Bukan Naza sahaja

Selain Naza Citra yang berasaskan Kia Carens, Perodua juga akan mengeluarkan model berenjin 1.0 dan 1.3 liter berasaskan Toyota Passo/Daihatsu Boon/Sirion. Model Perodua ini dijangka akan dilancarkan pada Mei 2005.
Buat pertama kalinya, Perodua dan Proton akan bersaing secara terus dengan model kereta kompak. Pesaing utama Perodua baru ini datangnya dari Proton TRM (Tiara Replacement Model) yang dilaporkan oleh akhbar Kosmo akan menggunakan nama Proton Sassy. Berenjin 1.2 liter buatan Renault dan ada gear Steptronic. Dijangka akan dilancarkan pada bulan Februari atau Mac 2005.
Tidak lupa juga Proton SRM (Satria Replacement Model) yang dijangka akan dilancarkan pada Julai 2005. Inokom juga mungkin akan mengeluarkan model baru berasaskan model Hyundai tahun ini.
Satu pertanyaan. Sejauh mana kekuatan jenama kereta tempatan? Ini kerana apabila jenama-jenama ini mengeluarkan model baru, jualannya agak laris. Salah satu sebab ialah harganya. Bagaimana jika pasaran kereta negara benar2 terbuka nanti? Adakah jenama tempatan ini cukup kuat untuk bersaing?

Saturday, January 01, 2005

Biar Betul meloyakan

Pada pendapat saya, filem Biar Betul tidak meloyakan tetapi dipenuhi dgn adegan meloyakan. Kalau tengah makan popcorn atau minum air, mesti rasa loya tekak. Adegan muntah dan meludah dgn kandungan kahak yg melampau menjadi sajian. Tanpa adegan ini pun, saya rasa filem ini menghiburkan.
Biar Betul pun ada kesilapan teknikal. Contoh yang dapat saya lihat ialah ketika adegan Apek dan Yasin berkejaran di Semua House. Jika anda sedar, didapati pelakon tambahan yg sama juga berlegar ketika Apek dan Yasin naik eskalator dan juga ketika di tingkat satu.
Bank yg dirompak saya rasa bukan di tengah kota tapi mungkin di pinggir kota jadi agak hairan apabila mereka berlari begitu jauh. Tapi, ini mungkin boleh dimaafkan. Jika anda lihat mulut pengawal menjerit meminta tolong, jelas suara yg keluar tak sama dgn gerakan mulut. Akhir sekali, ketika Apek, Yasin, Afdlin Shauki dan Wahid bergomol dlm kereta. Masuk dlm kereta BMW tapi bergomol dlm kereta lain. Lihat saja dashboard yg tidak sama langsung dgn kereta BMW.
Saya juga membaca beberapa ulasan filem ini. Ada yg mengatakan pengarah Aziz M Osman turut menyampaikan mesej tersirat dalam filem komedi ini. Tidak dinafikan dalam filem komedi ini ada juga mesej kesedaran yg penonton boleh faham seperti bagaimana 3 adik-beradik boleh terjebak dalam kegiatan jenayah dan susahnya untuk berhenti dari kegiatan tersebut. Cuma saya merasakan mesej beliau kurang berkesan untuk disampaikan kepada penonton dalam filem komedi ini. Saya juga lebih mengangggap Biar Betul sebagai filem komedi ringan yang penuh adegan meloyakan.