Saturday, September 09, 2006

Monitor baru - Sudah beli la

Aku dah beli monitor baru beberapa bulan lepas. Monitor LCD 17 inci jenama Benq. Nak kata hebat, taklah hebat. Cuma aku puas hati dengan monitor ini berdasarkan duit yang ada. Kalau nak kualiti gambar lebih bagus, lebih baik beli monitor CRT 17 inci, tapi seperti yang aku kata sebelum ini, aku perlukan monitor yang lebih ringan untuk diangkat.

Sekarang, aku berkira2 untuk mendapatkan komputer baru. Malangnya, aku kena berfikir sama ada untuk menggunakan duit tersebut untuk komputer, simpan saja, atau menggunakannya untuk perancangan masa depan. Komputer dengan CPU Intel Core 2 Duo amat menarik, tapi duit menjadi masalah. Kalau tunggu sampai Windows Vista keluar pun tak apa.