Monday, February 19, 2007

Apa aku amati semasa praktikal 4

Berniaga stesen minyak amat menguntungkan sekiranya anda tahu menjaga bisnes anda. Bayangkan. Sekiranya stesen minyak anda berjenama popular seperti Petronas atau Shell, pelanggan akan sanggup beratur semata2 untuk mengisi minyak di stesen anda. Kadar isiannya mungkin RM1 atau RM2 bagi sebuah motosikal tetapi bagi sebuah kereta, lori, MPV atau SUV, boleh mencecah RM100 sekali isi. Bayangkan berapa banyak kenderaan mengisi minyak dalam sehari. Bayangkan pula berapa ribu liter telah dijual sehari. Akhir sekali, bayangkan berapa banyak wang tunai yg mampu anda pegang dalam sehari. Boleh gelap mata dibuatnya.

Dalam mana2 bisnes adalah penting untuk menjaga aliran tunai. Bisnes stesen minyak memang menjana aliran tunai yg banyak tetapi bos harus tidak lupa diri dgn menggunakan wang tersebut untuk berpoya2 atau bermewah2. Tunai tersebut perlu digunakan semula utk mengisi tangki minyak yg kosong. Satu tangki lori minyak yg dtg bernilai puluhan ribu RM. Paling kurang, jaminan bank diperlukan oleh syarikat minyak bagi menjamin pembayaran dilakukan atas pengisian semula tangki stesen minyak anda. Sebab itu pembukaan stesen minyak baru bukan saja memerlukan modal yg tinggi, malah memerlukan jaminan bank.

Lagi satu, adalah satu kemestian bagi mana2 stesen minyak mengukur kandungan minyak dalam tangki. Ini kerana petrol akan meruap ke udara. Sehebat mana pun tangki minyak, petrol akan tetap meruap ke udara. Oleh itu, stesen minyak juga terpaksa menanggung kerugian ini. Kalau didapati berlakunya perbezaan luar biasa, ada kemungkinan berlakunya kebocoran tangki yg perlu ditangani segera bagi mengelakkan kebakaran.