Sunday, February 12, 2006

Hidup mesti terus

Aku masih lagi meneruskan hidup di IPT tanpa kuku di ibu jari kaki kananku. Apabila balutan dibuka barulah aku tahu hakikat itu. Aku ke klinik sepanjang minggu bagi mengganti balutan dan terpaksa menahan kepedihan.

Kini, jari kakiku masih belum sembuh tetapi lebih baik dari sebelumnya. Kepada mereka yg ngeri adalah dinasihatkan tidak melihat ibu jari kakiku yg tiada kuku dan masih belum sembuh.

Saturday, February 04, 2006

Tempang sebentar

Aku sudah menjalani pembedahan membuang kuku ibu jari kaki kananku kerana cekam 2 hari lepas. Esok baru boleh buka balutan pembedahan. Semoga aku boleh meneruskan kehidupanku bermula esok kerana banyak program menimba ilmu yg harus aku hadapi setelah habisnya cuti pertengahan semester. Esok, aku perlu kembali ke Lembah Kelang kerana kuliah bermula lusa. Persediaan juga harus dibuat. Hal-hal persatuan juga harus difikirkan. Betapa sibuknya diri ini kerana memikirkan banyak perkara. Hinggakan hal2 Proton pun aku berfikir. Maklumlah, minat punya pasal.

Tonton filem 1

Buli Balik

Baik tapi sedikit mengecewakan. Buli Balik meneroka apa yg berlaku selepas filem Buli. Nordin semakin yakin dgn dirinya tetapi Roy tiba2 muncul kembali dlm hidupnya. Kali ini, Roy tidak mengingati masa silamnya, sebaliknya percaya bahawa Nordin adalah kawan baiknya semasa dulu. Konflik berlaku apabila Nordin terpaksa memilih di antara membalas dendam terhadap Roy atau menolongnya mengingati semula dirinya yg sebenar.
Konflik dan sebab Roy menjadi pembuli diolah dgn baik. Juga adegan di mana Roy dan Nordin bersemuka tentang masa silam mereka dan menyelesaikannya seperti orang jantan. Juga adegan di mana Nordin menyedari kesilapannya dan cuba memperbetulkan keadaan.
Malangnya, Buli Balik cuba diselitkan dgn adegan komedi lain yg terasa kurang serasi dgn jalan cerita. Antaranya ialah muzik video Tan Sri Michael dgn lagunya Sure or not, adegan kuiz Siapa Salah Kena Karan, dan adegan terapi kumpulan di mana Nordin, Dr Kam dan watak2 lain menceritakan masalah mereka. Adegan Roy dan Nordin di akhir cerita juga terasa agak Hindustan.
Mungkin ramai yg tertanya ada maksud pengakhiran cerita ini. Anda boleh mentafsirkan apa saja. Apa pun, sila tonton buah tangan Afdlin Shauki ini. Memang kelakar.

Fearless

Jangan ditanya tentang plot filem Jet Li kali ini kerana plotnya tidak ada apa2 yg istimewa selain dari mesej keamanan dan menjaga imej bangsa dan negara. Selain itu, ini ialah filem martial arts terakhir lakonan Jet Li. Apa yg menjadi tarikan sudah tentunya adegan kung fu Jet Li. Kali ini, adegan kung funya tidak ada terbang2 ala Once Upon A Time dan Fong Sai Yuk, tetapi lebih kepada berlawan betul2. Tapi, tak dinafikan ada ketikanya wayar digunakan utk langkah2 tertentu tetapi ia tidak mencacatkan keseluruhan adegan. Sebuah filem aksi yg baik, cuma tidak perlu risau akan plotnya. Malah, tiada terjemahan disediakan utk tulisan Cina yg dipaparkan tentang sejarah Huo Yanjia.

Baik Punya Cilok

Filem arahan Afdlin Shauki paling bagus setakat ini. Filem komedi ringan tentang 4 sahabat setia yg cuba merompak kedai pajak Tauke Wong semata-mata kerana ingin mendapatkan kembali pusaka nenek Wak. Malangnya, ketika merompak, mereka ditahan polis. Rupa2nya ada orang dah rompak dulu. Jadi, mereka terpaksa membersihkan nama mereka dan mencari dalang di sebalik rompakan tersebut.
Memang lawak nak mampus filem ni. Lagi pun, boleh dikatakan hampir segala2nya tentang filem ni memang tertumpu kpd membuat penonton ketawa. Setiap watak dalam filem ini mempunyai karekter tersendiri yg memperkuatkan keseluruhan filem. Cara lawak dan teknik yang digunakan juga menyegarkan. Sebagai contoh, penggunaan teknik flashback dan dikir barat.
Kalau dah tak sempat nak tonton wayang, jgn lupa tengok VCDnya. Antara filem terbaik bagi tahun 2005.