Wednesday, April 20, 2005

Myvi, TRM & SRM

Perodua Myvi

Gambar Perodua Myvi sudah pun disebarkan di Internet. Dijangka dilancarkan pada Mei ini, ia berasaskan kepada model Daihatsu Boon/Sirion dan menggunakan enjin 1.0 dan 1.3 liter. Nama model ini, iaitu Myvi sudah pun disahkan secara tidak rasmi oleh Perodua sendiri di laman webnya, www.perodua.com.my. Lihat pop up window yang mengiklankan Perodua terbaru ini.

Proton TRM dan SRM

Pelancaran Proton TRM sudah pun terlewat dari jangkaan. Ini kerana Proton dikatakan masih sibuk memastikan agar Proton TRM dan juga SRM yang bakal dilancarkan ini bebas dari sebarang masalah yang bakal menggugatkan ketahanan dan kualiti model tersebut. Umum sudah mengetahui bahawa Proton terkenal sebagai jenama kereta yang kurang berkualiti dan sering memberi masalah kepada pemiliknya. Tiada apa yang lebih baik selain dari Proton memastikan produk keluaran mereka bebas dari sebarang masalah ketahanan dan kualiti sejak dari mula dikeluarkan. Ini kerana kos waranti yang perlu ditanggung hanya akan merugikan Proton selain dari terus menjejaskan reputasi Proton sendiri.

Gambar-gambar Myvi, TRM dan SRM

Belum tengok lagi ke? Cari di :
- Autoworld Photoalbum
- TRM dan SRM bermain salji di 4Car