Tuesday, December 20, 2005

Monitor baru

Aku perlukan monitor baru. Monitor2 yg ada bukannya elok sgt. Monitor Acer semasa aku beli Pentium 200MMX dulu sukar hendak dihidupkan. Monitor yg aku pakai sekarang pula merupakan monitor lama zaman sebelum Pentium lagi. Monitor ni dah lama menunjukkan tanda2 nak rosak tetapi masih bertahan. Sudah sampai masanya utk aku membeli yg baru.
Duit pun tak ada. Macam mana ya? Biarkan dulu hal duit. Aku sudah meneliti senarai harga terbaru yg aku kutip di Plaza Low Yat. Sudah lama aku menginginkan monitor 17 inci berskrin leper tetapi kini aku memikirkan kemampuan aku mengangkut monitor tersebt setiap kali bercuti semester.
Aku juga melihat monitor 15 inci berskrin leper. Buat masa ini, aku tertumpu kepada monitor sedemikian berjenama LG. Tapi, aku juga memikirkan bahawa teknologi monitor lebih terkini hanya pada monitor 17 inci ke atas. Ini berdasarkan carian maklumat di Internet.
Apabila masuk semester nanti, aku akan terus meneliti dan membuat penilaian monitor2 berkaitan di Plaza Low Yat.

Tuesday, December 13, 2005

Komputer usang

Setelah berhempas-pulas mengerjakan tanggungjawab sebagai pelajar, akhirnya berakhir lagi 1 semester. Semester ini juga menyaksikan Celeron 400 yang usang itu mula menunjukkan tanda2 keuzuran. Cakera keras 5GB mula menunjukkan bad sector di beberapa tempat. Walaupun cuba menyelamatkan keadaan, malangnya bad sector tersebut terkena fail Windows. Aku menyimpulkan bahawa ia masih boleh digunakan tetapi tahap kerosakannya mungkin akan bertambah pada masa hadapan.

Kerana gagal menghidupkan Windows, Celeron 400 yg setia berkhidmat di Shah Alam terpaksa menjadi tukun setelah berakhirnya cuti pertengahan semester. Perisian dan perkakasan yg diperlukan majoritinya berada di rumah, jadi tidak dpt melalukan proses menyelamat. Apabila komputer amat diperlukan bagi menyelesaikan tugasan yg bertimbun, maka terpaksalah aku mencari alternatif lain seperti ke makmal dsb. Selain itu, aku juga perlu menyelamatkan data dlm 5GB dgn menyalinnya ke CD-R.

Semasa cuti Aidilfitri sebelum peperiksaan akhir, aku membawanya pulang ke rumah, tetapi sibuk dgn hal2 lain. Maka, semasa cuti akhir semester inilah aku berjaya menghidupkan semula. Cakera keras diganti dgn 2.1GB, cakera keras asal Pentium 200MMX yg sudah lama diberhentikan khidmatnya.

Kenapa tidak beli sahaja cakera keras yg baru? Selain dari mempunyai cakera keras yg lain, 20GB, aku juga memikirkan betapa tidak berbaloinya membeli cakera keras yg baru utk komputer usang. Cakera keras 20GB ini pula ada fail yg perlu dipindah ke CD-R. Jadi, biarlah aku memakai 2.1GB sementara waktu. Asalnya boleh Internet di rumah sudah mencukupi.

Hakikatnya, 2.1GB tidak mencukupi. Aku perlu memikirkan perisian2 yg penting dahulu sebelum memuatkan perisian yg perlu bagi menulis di sini. Lebih senang menulis di blogspot, bukan. Jadi, aku memikirkan utk berpindah terus ke blogspot.