Saturday, May 28, 2005

Pergilah tengok Perodua Myvi

Myvi menandakan permulaan generasi kenderaan Perodua yg baru seperti mana Proton dgn Gen2nya. Myvi bersaing dlm pasaran kenderaan kompak berenjin di antara 1.0 hingga 1.6 liter yg berharga di antara RM40k sehingga lebih daripada RM100k. Pasaran di bawah RM70k merupakan pasaran terbesar bagi peserta industri automotif dgn model2 kompak seperti Kia Picanto, Inokom Atos Prima dan model nasional seperti pelbagai model Perodua yg bermula dgn huruf 'K' dan pelbagai model Proton. Pesaing juga akan bertambah dgn kehadiran Proton TRM dan Naza sebelum akhir 2005.

Myvi memberi peluang kpd pemilik kereta Perodua sebelum ini menggantikan model lama mereka dgn model yg lebih besar, lebih berkuasa, dan lebih berkualiti. Myvi juga secara tidak langsung memberi pilihan kpd pemilik Proton Saga dan Wira membuat pilihan utk menggantikan kereta mereka kepada model yg lebih kompak, lebih selesa, dan lebih berkualiti.

Melawat bilik pameran Perodua sudah menjadi satu kemestian utk menatap dan menyentuh Myvi. Pada pandangan aku, kualiti yg diusahakan oleh Perodua buat model Myvi mmg berada di satu tahap yg lebih baik. Bolehlah dikatakan bahawa Perodua Myvi menjadi satu tanda aras yg baru dari segi kualiti pengeluar kereta nasional. Apa yg didakwa oleh Perodua, iaitu 0.2 defect bagi setiap Myvi yg dikeluarkan boleh dipercayai. Sebagai perbandingan, model Perodua sebelum ini mencapai di antara 2.0 hingga 2.5 defect bagi setiap kereta yg dikeluarkan.

Walau bagaimana pun, kualiti Myvi bukanlah berada di tahap kesempurnaan. Masih ada masalah2 kecil yg boleh dilihat bagi mereka yg cerewet dan terasa ingin menyentuh dan menyiasat kesemuanya. Apa yg aku dapati pun hanyalah perkara2 kecil yg mungkin tidak menjadi masalah utk memastikan ianya lebih baik. Kualiti plastik yg berwarna kebanyakannya mempunyai permukaan tekstur yg baik walaupun terasa keras. Cuma plastik konsol tengah sahaja yg berpermukaan licin yg memungkinkan ia terasa murah. Harus diingat Myvi dijual dgn harga di antara RM40k sehingga RM51k, jadi kualiti pun seharusnya berada di tahap harga tersebut. Selain itu, aku menyedari terdapat bahagian plastik yg tidak dipasang dgn baik seperti pada bahagian tepi kerusi pemandu. Secara luaran, aku tak dapat kesan apa2, manakala membuka dan menutup pintu memberi bunyi yg membuatkan org yakin ia ada kualiti.

Lain2 tak dapat aku komen sangat. Rekabentuknya menarik. Aku mengambil masa juga utk menghayati rekabentuk hadapan Myvi setelah mendapat gambarnya dari Internet sebelum ini. Aku memang mencadangkan sesiapa sahaja utk pergi melihatnya sendiri. Nak beli atau tidak, itu cerita lain. Aku juga memang menyokong pembeli agar membeli model yg ada ABS dan beg udara, tak kisahlah pilihan anda gear manual atau auto. Fikirkan juga keselamatan diri dan penumpang.

Jika mahu maklumat lanjut, layarilah laman web Perodua dan Motortrader sementara menunggu majalah bulan Jun memaparkan Myvi. Kalau laporan pandu uji, mungkin kena tunggu majalah bulan Julai. Kalau mahu melihat maklumbalas org ramai, layarilah forum Autoworld dan Motortrader.

TRM bila lagi?

Iklan menarik pembeli utk menempah TRM sudah pun disiarkan di akhbar. Ia memaparkan rekabentuk TRM sedikit demi sedikit. Buat masa ini, pintu dan sedikit bahagian belakangnya sudah dipertontonkan. Iklan tersebut juga menyatakan bahawa sesiapa yg membayar deposit utk kereta yg satu lagi akan menyesal. Iklan ini telah banyak mendapat maklumbalas negatif di Internet. Ramai menyatakan kata2 dlm iklan tersebut ditujukan kpd Perodua Myvi yg menjadi pesaing utama kpd TRM. Seperti biasa, ramai sangsi akan keupayaan Proton menandingi kualiti yg ditunjukkan oleh Myvi yg telah mereka tatap dan sentuh. Pendapat aku senang saja. Myvi dan TRM menandakan persaingan secara terus Perodua dan Proton. Oleh itu, adalah penting jika kedua2 pengeluar ini berjaya menandingi masing2. Untungnya, kereta yg lebih baik dan lebih berkualiti demi menarik minat pembeli. Cuba fikirkan. Kalau TRM tidak dpt menyaingi kualti yg ditunjukkan oleh Myvi, kereta mana yg org akan beli?

Kenapa kualiti?

Mudah saja jawapannya. Pemilik kereta mahukan kereta yg berkualiti kerana mereka tidak mahu kereta mereka ditimpa masalah dan menyebabkan mereka terpaksa menyelesaikannya di pusat servis berkali2. Rugi masa dan rugi duit, bukan saja kepada pemilik kereta malah kepada pengeluar kereta itu sendiri. Berapa banyak belanja hanya utk membaiki kerosakan tersebut semasa waranti? Kereta ni kita bukannya murah dan nak pakai pun dlm jangka masa yg lama. Jika pelanggan berpuas hati, mereka akan membeli dari pengeluar yg sama. Ingatlah wahai Proton, Perodua dll.

Thursday, May 12, 2005

Wayar berapi

Akhirnya aku membuat keputusan untuk membeli kabel Firewire utk menyalin video dari kamera video ke komputer. Hasilnya amat memuaskan berbanding ketika menggunakan kabel USB yg dipakejkan sekali bersama kamera video. Aku juga membeli perisian baru bagi menggantikan Imagemixer. Aku hanya memerlukan perisian utk membuat video amatur sahaja. Hasilnya lebih memuaskan berbanding dulu tetapi aku masih tidak berpuas hati dgn kualiti VCD yg dihasilkan.

Hakikatnya, kualiti VCD boleh tahan, tetapi tidak secantik DVD. Perisian baru yg aku gunakan membolehkan aku menyalin terus ke format VCD, DVD malah 100% format asal dalam fail MPEG. Walau bagaimana pun, format asalnya kalau disalin bersaiz amat besar dan hanya sesuai bagi mereka yg benar2 serius. Aku kalau dpt format DVD pun jadilah. Cuma, membuat DVD memerlukan perbelanjaan yg lebih kerana aku tiada komputer yg sesuai utk tugas berkenaan.

Jadi, video perkahwinan kakak aku yg panjangnya kira2 2 jam telah disalin tanpa suntingan. Hanya tambah tajuk dan penamat sahaja. Kini, aku diminta menambah lagu seperti yg dilakukan sepupuku ke atas video suntingannya. Ini bermakna 1 projek baru. Kalau sebelum ini, aku buat versi tanpa suntingan (uncut), kini aku ada projek video perkahwinan kakak, suntingan penyunting (editor's cut). Aku bukannya pengarah, bukan juga jurugambar utama. Jadi, tak bolehlah letak Director's Cut. Salinan video masih ada, cuma perlu proses suntingan.

Wednesday, May 04, 2005

Konvo

Konvo adalah upacara meraikan siswa siswi yg berjaya menamatkan pengajian mereka di universiti. Aku baru sahaja menghadiri konvo Diploma aku minggu lepas. Memandangkan aku mendapat sesi petang, aku sampai di sana pada waktu tengah hari dan terus sahaja melaporkan diri. Waktu daripada melaporkan diri sehingga majlis selesai amat menyeksakan kerana kami benar2 tidak mengetahui apa sebenarnya yg berlaku sehinggalah kami mengalaminya. Yang pasti, kami tidak dapat makan tengah hari dan hanya mengikut arahan. Bilangan kami yg ramai utk satu sesi juga memberi masalah buat penganur mengawal kami. Sesi aku hari itu pun hampir 900 org. VC juga kadang2 tersasul semasa berucap dan juga semasa istiadat konvo.

Aku pun tak sempat nak beli bunga atau hadiah lain utk memberikan kpd rakan2. Jumpa mereka di celah ribuan org juga susah. Maklumlah, satu keluarga yg datang. Walau bagaimana pun, aku dpt juga memberi dan menerima. Terima kasih kpd yg memberi.

Apa pula seterusnya? Memandangkan kini aku melanjutkan pelajaran ke Sarjana Muda, aku masih lagi warga UiTM. Masih panjang perjalanan aku sbg seorang siswa.