Thursday, May 12, 2005

Wayar berapi

Akhirnya aku membuat keputusan untuk membeli kabel Firewire utk menyalin video dari kamera video ke komputer. Hasilnya amat memuaskan berbanding ketika menggunakan kabel USB yg dipakejkan sekali bersama kamera video. Aku juga membeli perisian baru bagi menggantikan Imagemixer. Aku hanya memerlukan perisian utk membuat video amatur sahaja. Hasilnya lebih memuaskan berbanding dulu tetapi aku masih tidak berpuas hati dgn kualiti VCD yg dihasilkan.

Hakikatnya, kualiti VCD boleh tahan, tetapi tidak secantik DVD. Perisian baru yg aku gunakan membolehkan aku menyalin terus ke format VCD, DVD malah 100% format asal dalam fail MPEG. Walau bagaimana pun, format asalnya kalau disalin bersaiz amat besar dan hanya sesuai bagi mereka yg benar2 serius. Aku kalau dpt format DVD pun jadilah. Cuma, membuat DVD memerlukan perbelanjaan yg lebih kerana aku tiada komputer yg sesuai utk tugas berkenaan.

Jadi, video perkahwinan kakak aku yg panjangnya kira2 2 jam telah disalin tanpa suntingan. Hanya tambah tajuk dan penamat sahaja. Kini, aku diminta menambah lagu seperti yg dilakukan sepupuku ke atas video suntingannya. Ini bermakna 1 projek baru. Kalau sebelum ini, aku buat versi tanpa suntingan (uncut), kini aku ada projek video perkahwinan kakak, suntingan penyunting (editor's cut). Aku bukannya pengarah, bukan juga jurugambar utama. Jadi, tak bolehlah letak Director's Cut. Salinan video masih ada, cuma perlu proses suntingan.

No comments: