Friday, December 29, 2006

Apa aku amati semasa praktikal 2

Salah satu perkhidmatan percukaian yg baru ialah penyiasatan cukai (tax investigation). Perkhidmatan ini biasanya digunakan oleh mereka yg disiasat oleh LHDN. Perkhidmatan ini membolehkan mereka mengemukakan bukti untuk mengurangkan jumlah cukai taksiran yg dibuat hasil siasatan LHDN.

Kerja siasatan ni bukannya senang. Ada akaun yg perlu diaudit semula. Ada akaun yg perlu dibuat dari mula. Ada akaun yg dibuat sebelum ini tanpa bukti sahih. Ada ke patut firma sebelum ini menulis kepada LHDN amaun dalam akaun yg dibuat untuk kliennya hanyalah anggaran sahaja. Kalau buat akaun mestilah ada dokumen sokongan seperti invois, baucer bayaran, resit, slip bank dll. Tanpa dokumen sokongan macam mana nak buktikan kepada LHDN semasa siasatan? Ia satu kerja yg amat susah.

Jika LHDN menyiasat akaun yg bertahun2 lamanya, ada kemungkinan perlunya untuk akaun tersebut diaudit kembali. Bukan untuk 1 tahun tetapi 2, 3 tahun. Seperti biasa, perlunya dokumen sokongan. Segala pertanyaan LHDN perlu dijawab. Jika mahu merayu pengurangan atau tidak bersetuju dgn penemuan LHDN, perlu dokumen sokongan.

Kelebihan menawarkan perkhidmatan ini ialah caj perkhidmatannya yg sudah semestinya beribu-ribu. Cuma yg kurangnya ialah betapa susahnya kerja mencari bahan bukti. Seolah2 memeriksa akaun 100%. Kerja audit pun tak 100%. Nak buat macam mana kalau LHDN siasat 100%.

Kadang2, bukannya klien lari dari bayar cukai tetapi kurangnya pengetahuan dalam bidang akaun. Adalah penting untuk menjaga akaun anda dgn baik. Kalau bayar orang luar untuk buat akaun pun, pastikan buat betul2. Kalau buat stail curi tulang, nanti bila LHDN suka2 siasat, barulah terkial2 nak cari balik semua dokumen sokongan.

Sunday, December 24, 2006

Pandu uji Naza 206 Bestari

Aku dpt memandu uji Naza 206 Bestari secara tidak sengaja semasa membeli belah sebuah kereta baru. Bukan kereta baru aku ya. Aku cuma pengikut je. Maka selepas memandu uji model berkenaan oleh bakal pembeli bertuah tersebut maka empunya diri meminta jurujual tersebut memberi aku Bestari untuk dipandu uji.

Oleh kerana ia hanya untuk suka2 maka jurujual itu tidaklah mengeluarkan kata2 manis utk memujuk aku membelinya. Maka aku pun memandu dgn suka hati macam aku punya kereta. Mestilah aku tak pandu macam aku punya kereta sebab setiap kereta lain rasa dan caranya. Kalau tak biasa, bawa elok2.

Tetapi dia dgn jujur menyatakan bahawa dia tidak mengesyorkan model ini kerana masalah alat ganti. Maklumlah model asalnya dari Perancis. Bukannya model Jepun, Korea Selatan, atau Malaysia. Secara rasmi pun, dia bukanlah jurujual Naza tetapi jenama lain.

Oh ya, pandu ujiku ringkas sahaja. Aku tidak sukakan transmisi automatiknya. Transmisinya seolah2 ada pemikirannya yg tersendiri dlm memilih gear yg sesuai. Ada kalanya ketika menekan minyak, meter rpm secara tiba2 turun sebelum naik kembali. Seolah2 gear ditukar tanpa disedari. Gear juga akan tidak akan ditukar ketika naik atau turun bukit bagi melicinkan pergerakan dan memberi engine braking ketika turun bukit.

Bestari dilengkapi transmisi automatik dgn ciri Tiptronic. Tiptronic lebih suka dikaitkan dgn Porsche yg dilengkapi transmisi berciri sedemikian tetapi tanpa pengalaman memandu Porsche, aku pun tak tahu adakah transmisi ini sebaik yg digunakan Porsche. Aku turut mencuba Tiptronic ini untuk menukar gear secara manual. Sekali lagi aku tidak sukakannya. Kena belajar memandu menggunakan ciri ini kerana kalau salah turun gear kereta akan bergegar.

Kalau aku mendapat peluang lebih lama utk memandu Bestari, aku akan ada lebih peluang utk mempelajari transmisi automatiknya. Pada harga sekitar RM68 ribu, Bestari menjadi kereta termurah bagi mereka yg ingin memandu kereta Eropah. Tetapi, sebagai kereta dalam kelas supermini, terdapat pelbagai pilihan, sama ada jenama tempatan atau luar negara. Kalau dilihat dari segi harga, Inokom Getz dgn beg udara dan ABS boleh dibeli sekitar RM58 ribu dan mempunyai kualiti yg baik dan enjin 1.4 liter seperti Bestari. Satu pilihan yg lebih bijak, bukan?

Kalau anda mahukan kereta Eropah tetapi tak mampu memiliki Bestari, mungkin anda boleh memikirkan utk membeli kereta berenjin dan transmisi Eropah. Sudah tentunya Proton Savvy. Tak lupa juga, Perodua Myvi yg masih dijual sehingga hampir 8 ribu unit sebulan. Dengar khabar, kemungkinan Myvi akan turut dilengkapi enjin 1.5 liter seperti Avanza terbaru. Oleh itu, Naza perlu memikirkan strategi terbaik utk mempopularkan lagi Bestari.

Apa aku amati semasa praktikal 1

Aku akan memulakan siri "Apa aku amati semasa praktikal" sebagai pencerita pengalaman sepanjang latihan praktikalku selama 6 bulan. Lagi 1 semester menanti sebelum aku menamatkan pengajianku.

Latihan praktikal aku menggunakan formula pengiraan markah yg mudah untuk latihan praktikal. Lulus atau gagal. Tiada gred A, B atau C diberikan. Rakan praktikalku dari U utara tanahair akan diberi gred. Nampak untung pula siswa U aku. Semasa taklimat pun aku sudah diberi tahu, asalkan tak menimbulkan masalah di tempat latihan, aku akan lulus.

Bukannya aku tak menimpa masalah semasa latihan. Banyak masalah, tetapi masalah kerjalah. Itu lain cerita. Oh ya, cerita pertama aku bukannya tentang ini.

Begini ceritanya. Kalau latihan praktikal mestilah nak lulus. Kau dah kerja betul2, penat2, takkan nak ulang balik? Memang aku kerja nak lulus tetapi semasa kerja aku lebih kepada nak siapkan kerja. Bila siap kerja, dapat kerja lain. Kalau kerja dtg berderet2, selesaikan saja. Asalkan ada kerja dan dapat siapkan kerja.

Tak ramai yg kekal bekerja dlm firma audit ni. Antara sebabnya ialah kerja susah. Sebagai org baru, memang susah nak meningkatkan diri supaya sama taraf dgn juruaudit senior. Aku praktikal pun setakat taraf rendah saja. Taraf yg juruaudit senior dgn rela hati lepaskan kpd budak berhingus macam aku ni. Tapi bagi latihan la dulu. Kalau tak, nak lain, dpt lain la jawabnya.

Dari mula sampai akhir praktikal, aku tumpukan utk siapkan kerja aku. Akhirnya, aku tak dpt siapkan kerja aku pada hari terakhir latihan praktikal. Tak apa. Bagi saja kepada staf lain. Aku pun terpaksa menyambung hasil kerja staf baru yg hanya tahan beberapa bulan saja berbanding aku yg memang bekerja di situ selama 6 bulan.