Friday, June 24, 2005

Berakhirnya era enjin berlogo Petronas dalam Formula 1

Pembelian majoriti saham dalam pasukan Sauber oleh BMW membuka lembaran baru buat pasukan ini, tetapi apa pula yg bakal berlaku kepada Petronas selaku penaja dan juga rakan pemindahan teknologi? Sudah tentu enjin yg bakal digunakan pada musim 2006 akan dinamakan BMW dan bukan seperti sekarang, iaitu enjin Ferrari yg dijenamakan sebagai Petronas. Kecualilah jika Petronas mencari rakan baru dlm F1 yg membolehkan Petronas meneruskan penjenamaan semula enjinnya. Pasukan Red Bull mungkin sesuai kerana ia bakal menggunakan enjin Ferrari bagi musim 2006.

Laporan media menyatakan bahawa Petronas berminat meneruskan kerjasama sedia ada walaupun pemilikan pasukan bertukar tangan. Kini terdapat jurutera2 Petronas yg terlibat secara langsung dlm pasukan Sauber sementara melalui Sauber Petronas Engineering, pemindahan teknologi banyak dilakukan. Jika Petronas masih meneruskan penglibatan mereka, ia baik utk mempromosikan jenama Petronas sendiri di samping meneruskan penglibatan jurutera berkerakyatan Malaysia dlm F1.

No comments: