Saturday, January 06, 2007

Apa aku amati semasa praktikal 3

Jika anda seorang usahawan, sila asingkan akaun bank anda di antara persendirian dan perniagaan. Ini selalu berlaku terhadap perniagaan perkongsian (partnership) di mana akaun bank yg sama digunakan untuk perniagaan dan persendirian. Masalah akan berlaku bukan sahaja ketika merekod dalam akaun perniagaan, malah segala keluar masuk wang dalam akaun tersebut akan diperiksa oleh LHDN sekiranya LHDN menyiasat.

Senarionya begini. LHDN akan menganggap anda lari dari cukai kerana wang yg masuk dalam akaun bank anda lebih dari pendapatan yg diisytiharkan kepada LHDN. Padahal wang tersebut mungkin untuk persendirian. Bagaimana pula anda ingin membuktikannya sekiranya anda tiada bukti. Mungkin wang masuk tersebut dari adik anda yang memesan anda membeli perabot antik untuk kegunaannya. Persoalannya sekarang ialah bagaimana hendak membuktikan. Kerja penyiasatan cukai memang sukar apabila akaun bank tidak diasingkan.

No comments: