Sunday, October 22, 2006

Catatan hari pertama

Ini catatan aku tentang hari pertama aku balik ke kampung beraya.

Bertolak pagi dari Lembah Kelang menuju ke Temerloh. Keadaan lalulintas sesak di tol Gombak, sebelum dan selepas terowong Genting Sempah. Keadaan lalulintas Lebuhraya Pantai Timur masih selesa, tidak seperi Lebuhraya Utara Selatan.

Sampai rumah kira2 1130 pagi. Mendapat panggilan telefon dari ibu yg keluar memintaku mengeluarkan wang dari mesin ATM. Aku ke bandar menjalankan tugas, kemudian balik. Pukul 2.30 petang aku keluar lagi untuk menukar lampu hadapan Kancilku yang sudah pudar.

Hampir pukul 4, kawan lama bertandang ke rumah. Kami kemudian keluar bersiar2 di bandar. Berborak2 tentang masa lampau, kini dan masa depan. Pertemuan berakhir pukul 6.

Berbuka dgn mewah. Sukar mendapat peluang ini semasa duduk di rumah sewa. Sesi tarawih. Akhirnya tidur awal kerana terlalu letih sejak petang.

Kenapa aku mencatat begini? Kerana hari pertama aku balik kampung pun sudah sibuk dgn aktiviti. Hari ini hari kedua. Selain mengemas rumah, aku hanya menatap TV 29inci di rumahku. Rilek la sikit. Aku menaip catatan ini di kala Astro menayangkan perlawanan bola sepak Manchester United menentang Liverpool. Heh, heh, heh.

Salam aidilfitri. Maaf zahir batin.

No comments: