Thursday, October 05, 2006

Latihan Praktikal 2

Latihan praktikal adalah sesuatu yang serius. Jadi, adalah amat penting utk mendapatkan tempat latihan yg mampu membuatkan kita dilatih utk menggunakan ilmu yg dipelajari di IPT. Bukannya memfotostat, membancuh air kopi, dan menjadi penghantar dokumen.

Sebagai pelatih dalam sebuah firma audit di ibu kota, aku juga melakukan kerja-kerja normal seperti atas, kecuali membancuh air kopi. Tetapi, aku juga belajar menggunakan ilmu perakaunanku dgn mengaudit syarikat2 sendirian berhad. Aku gembira apabila dpt belajar tetapi aku akui kerja di firma audit memenatkan. Sering kali aku kena bekerja lebih masa. Cuma firma auditku ini tidak sebesar firma2 terkenal seperti PWC & KPMG. Kalau tak, mungkin aku akan balik lewat malam.

Aku berkongsi kereta dgn 2 rakan lain. Maka, jimatlah perbelanjaan minyak dan tol. Saban hari bekerja, kami bertolak kira2 7 pagi. Kalau balik lewat, paling awal pukul 8 malam baru sampai ke rumah. Aku sudah jadi warga pekerja rupanya. Cuma masih lagi berstatus rasmi sebagai pelajar IPT yg sedan menjalani latihan praktikal.

Selepas ini, aku amat perlu mengintai peluang pekerjaan yg baik demi masa depanku. Pengalaman semasa latihan praktikal selama 6 bulan amat membantu. Cuma, masih tinggal kurang 2 bulan lagi latihan praktikalku. Semester akhir bakal bermula pada Janurai 2007. Sabar menanti. Heh.. heh.. heh...

No comments: